Sunday, June 7, 2009
"Rumahku tersayang." @ 9:27 AM
Minggu pertama cuti sekolah baru sahaja lalu.
Walaupun ia cuti sekolah, saya berasa penat lelah.
Mengapa? Kerana keluarga saya telah berpindah ke rumah baru.
YAY!
Sekarang, saya bukan sahaja dapat bilik sendiri tetapi lantai (floor) sendiri! Dan dari balkoni saya boleh lihat 'skyline' Singapura, kerana ia di atas bukit. Jadi kalau paras laut Singapura naik kerana pemanasan bumi, rumah kami tidak akan tenggelam dalam air dan untuk ke sana- sini kami boleh menaiki sampan!dayung sampan, dayung dayung sampan.:D
Tetapi ia lantai tertinggi jadi, setiap kali, saya perlu memanjat tangga ke tingkat tiga untuk ke bilik saya. Macam ini, pada tamatnya cuti sekolah, saya akan mempunyai muscle lutut seperti Serena Williams! :D
Juga, saya sedar bahawa rumah saya ada tembok tenis! sebenarnya, ia sebuah tembok sahaja tetapi, kerana belum ada perabut di kawasan itu, saya menggunakannya untuk bermain tenis.
Tetapi, saya belum mempunyai hubungan internet di rumah baru, jadi setiap kali saya terpaksa ke rumah saudara saya. (jadi maaflah kalau saya tidak dapat memposkan pos-pos setiap hari.)
Selain daripada itu, rumah ini tidak sedekat rumah lama saya (Mandarin) ke sekolah, dan tidak ada bas terus ke sekolah. Jadi kalau saya terpaksa balik sendiri, saya harus menyeberang 'canal' untuk ke perhentian bas yang sesuai!
Pada hari Jumaat, saya ke Mandarin untuk bermain tenis, dan memilih untuk berjalan kerana saya takut kalau saya menunggang basikal, saya akan dilanggar kereta. Untuk 20 minit saya terpusing-pusing mencari jalan untuk tiba di jalan raya besar. Perjalanannya sungguh jauh dan akhirnya saya sampai 45minit lambat! Tetapi yang baik adalah saya tidak putus asa! Boleh tahan juga, aishah.Lain kali, saya akan menunggang basikal dan membawa sistem GPS supaya saya tidak tersesat jalan.



Walau bagaimanapun, saya amat bersyukur yang selepas menunggu proses pembinaan selama dua tahun, kami akhirnya berpindah. :D