Thursday, February 26, 2009
"Hari e-learning" @ 8:43 AM
Pada pukul 8 pagi tadi, kami telah mengadakan kelas bahasa Melayu di MSN
untuk hari e-learning. Jadi aku, dalam keadaan yang sangat mengantuk (dan lapar), telah menghadiri kelas di alam maya. Kami telah gabungkan kedua kelas ip1 dan ip2 jadi terdapat 5 orang pelajar. Selepas kami semua memperkenalkan diri sendiri, kita ke lelaman cyberita untuk membaca artikel tentang Motivasi seorang pelajar untuk belajar. Selepas itu kami mengenal pasti tema dan isi-isi penting dalam artikel tersebut. Setelah itu, kita mengadakan perdebatan! Yeah! Haha.
Mauduk: "Pelajar perlu tuisyen dan program pembelajaran di luar sekolah untuk berjaya"
Pihak pencadang: Abdullah, Abdul Rahman, Rishvinder
Pihak pembangkang: Saya, Syifa (dan cikgu sebagai ahli rasmi kumpulan kami, eheheheh)


Sebelum kami bermula kami telah berbincang tentang isi-isi yang kami perlu menengahkan tetapi kerana kesempitan masa, kami tidak dapat membentangkan semuanya.

Pertama sekali, kumpulan pencadang telah membentangkan.
Abdul Rahman:
Pihak saya setuju bahawa pelajar perlu tuisyen dan program pembelajaran di luar sekolah untuk berjaya. Ini adalah kerana ia dapat berikan sokongan terutama sekali bagi mereka yang datang dari keluarga bermasalah Sebagai contoh, para pelajar daripada keluarga yang cerai-berai sentiasa tidak dapat memberikan keputusan yang terbaik dan ini amat ketara terutama sekali di kalangan masyarakat kita Sebagai contoh, para pelajar daripada keluarga yang cerai-berai sentiasa tidak dapat memberikan keputusan yang terbaik. Ibubapa menjadi sumber dorongan dan inspirasi bagi kanak-kanak dan jikalau mereka gagal, mereka seolah-olahnya tidak ada pemimpin, bagai anak ayam kehilangan ibunya Program-program seperti ini dapat mengajar para pelajar cara-cara untuk mengatasi masalah itu dan mendorong diri mereka tanpa sokongan ibu bapa

selepas itu, ia giliran kami pula:

1) Sikap pelajar Tuisyen dan program-program lain hanya dapat mengajar pelajar tentang teknik yang digunakan. Jikalau seseorang itu tidak ada motivasi, mengambil khidmat tuisyen pun tidak berguna. Ia terpulang pada sikap seseorang pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajarannya. Jikalau seseorang itu bersikap tidak peduli/kisah tentang pelajarannya, dia tidak akan beras keperluan untuk mempedulikan apa yang diajar oleh guru apabila di tuisyen. Ia tidak akan membawa manfaat yang di kehendakkan.

Point-point kami yang lain adalah:

kedua: kelemahan guru atau program tuisyen itu
ketiga: pengaruh yang kurang baik dari kawan-kawan


Kita tidak dapat melihatkan point-point yang lain daripada kumpulan pencadang kerana perbahasan kami diberhentikan di situ.

Saya rasa yang hari e-learning pada kali ini lebih seronok kerana suasanya lebih ceriah sebab kami dapat berkenal-kenalan dengan pelajar ip1. :)




Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster