Thursday, July 24, 2008
"skript projek bahasa melayu (Peribahasa)" @ 1:50 AM
Salam sejahatera Cikgu yang dihormati dan kawan-kawan. Hari ini saya akan membentangkan projek saya tentang peribahasa.

Tahukah anda yang setiap budaya mempunyai peribahasa? Tetapi, setiap budaya itu mempuyai peribahasa yang unik dan berbeza. Peribahasa adalah sebuah aspek yang penting dalam budaya Melayu. Definisinya adalah : Perkataan yang dipilih dan disusun dengan baik untuk membawa makna yang tersembunyi. Ia mempunyai kebenaran dan pengajaran tentang hidup, sedap didengari dengan susunan kata-kata yang indah dan tajam maknanya.

Peribahasa dicipta oleh masyarakat Melayu yang tinggal pada zaman dahulu untuk mengajar setiap ahli masyarakat tentang nilai-nilai dan moral yang baik dengan cara yang lebih menarik dan senang diingati. Pencipta-pencipta ini medapat inspirasi daripada kejadian dan benda-benda yang terdapat di sekeliling mereka. Itulah sebabnay kebanyakan peribahasa menceritakan tentang kehidupan dan kejadian seharian dengan menggunakan unsur-unsur semula jadi. Di samping itu, walaupun kebanyakan peribahasa ini suadah lama dicipta, ia masih boleh dikaitkan dengan situasi-situasi pada zaman kita yang moden ini.

Walau bagaimanapun, ada juga peribahasa yang tidak lagi ada kaitan kepada masyarakat Melayu zaman sekarang. Semua peribahasa semacam ini akan diubah suai oleh pakar bahasa Melayu ia lebih relevan dalam konteks kehidupan kita pada hari ini.

Selain mengajar, peribahasa juga dapat memberitahu kita tentang pemikiran dan cara hidup orang Melayu pada zaman dahulu. Contohnya, kita boleh berkata yang orang Melayu sangat kreatif kerana mereka boleh melihat kaitan antara dua benda yang sangat berbeza. Berdasarkan peribahasa kita mempelajari bahawa nilai-nilai yang baik sanagt penting dalam budaya Melayu.

Jadi, walaupun berabad-abad sudah berlalu, masih terdapat ramai orang yang menggunakan peribahasa dan ini akan memastikan budaya Melayu tetap dilestarikan dan tidak dilupakan. :)

Wednesday, July 9, 2008
"Hari e-learning (ulasan akhbar)" @ 7:39 PM
Hari ini, kami telah membaca akhbar dan mengulaskan sebuah artikel. Ini artikel yang saya pilih:
JOO CHIAT COMPLEX LEBIH BERSERI RAYA INI
OlehSaini Salleh
JOO Chiat Complex bakal lebih berseri dan bertenaga menjelang Aidilfitri ini apabila kerja-kerja peningkatan yang kini giat dijalankan selesai bulan depan.
Kerja-kerja tersebut dijalankan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak Mac lalu ekoran rayuan para peniaga yang meminta suntikan nafas baru untuk merancakkan perniagaan di situ.
Rayuan para peniaga itu dibuat menerusi penasihat badan-badan akar umbi yang juga Anggota Parlimen (AP) Marine Parade, Dr Ong Seh Hong.
HDB yang mengesahkan demikian berkata, kerja-kerja peningkataan itu juga melibatkan Blok 1 dan 2 di sebelah kompleks tersebut.
Kerja-kerja tersebut adalah yang pertama dijalankan sejak kompleks tersebut siap dibangunkan dalam 1983 atau 25 tahun lalu.
'Bagi para pengunjung, mereka akan dapat menikmati suasana membeli-belah menjelang Raya di kompleks berwajah baru yang dijangka siap bulan depan,' kata jurucakap HDB.
Peningkatan itu melibatkan kerja-kerja mengecat koridor, menggantikan jubin lantai dan menggantikan anjung lama kepada kanopi jenis tahan kebakaran.
Ini di samping menukar tanda nama kompleks itu kepada jenis neon agar terang dan tersergam, memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan panel grafik serta meningkatkan sistem hawa dingin.
Tinjauan Berita Harian mendapati sesetengah pengunjung kurang maklum mengenai kerja-kerja peningkatan yang rancak dijalankan sekarang.
'Saya hairan juga kerana beberapa kawasan kompleks ini dikepung. Agak sukar sedikit untuk pengunjung bergerak.
'Para pengunjung hanya tahu kerja-kerja peningkatan ini menerusi para pekedai dan selepas melihat papan tanda di depan kompleks ini.
'Memang kami alu-alukan kerja-kerja ini kerana kompleks ini semakin malap sejak pasar lama Geylang Serai ditutup,' kata Haji Osman Badrul, 56 tahun, dari Chai Chee.
Namun, rancangan tersebut pernah dibayangkan Dr Ong kepada Berita Harian pada Oktober 2006.
Menurutnya, pusat membeli-belah itu perlu dipertingkatkan agar ia tidak kelihatan seperti ketinggalan zaman apabila pasar Geylang Serai yang baru siap tahun depan.
Satu kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk memikirkan peningkatan yang diinginkan bagi pusat membeli-belah itu.
Ia terdiri daripada wakil pemilik kedai Joo Chiat Complex, pemimpin akar umbi, Majlis Bandaran Marine Parade, HDB dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Sedang kerja-kerja tersebut rancak dijalankan, perniagaan di kompleks itu berjalan seperti biasa.
'Bila siap, kompleks ini kelihatan lebih moden dan kita akan rasa lebih segar dan bersemangat bila datang ke sini terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi,' kata Cik Kamsiah Kasim, suri rumah berusia 52 tahun, dari Woodlands.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya rasa yang ia sebuah idea yang baik kerana kompleks JooChiat akan kelihatan lebih meden dan tidak samacam i a sudah dilupa dan ketinggalan zaman terutamanya apabila pasar Geylang yang baru akan buka. Selain itu, ia juga kelihatan semacam ia tidak bertempant kerana ia sudah kelihatn buruk. Pengubahsuaian ini baik kerana Joo Chiat Kompleks adalah tempat yang kebanyakan masyarakat Melayu pergi untuk membeli barang tradisional atau barangan untuk perayaan Hari Raya. Ia tidak sesuai kalau tempat yang ada sebanyak kepentingan sebergitu kepada Masyarakat Melayu kelihatan seperti itu. Kesimpulannya, mesej yang dalam artikel ini adalahjangan lupakan apa yang sudah buru atau tua. :)

Wednesday, July 2, 2008
"Cuti Sekolah Bulan Jun!!!" @ 3:45 AM
Percutian sekolah pada bulan Jun yang lalu tidak bergitu seronok kerana saya terpaksa belajar untuk peperiksaan yang saya menduduki sebaik sahaja sekola buka. Saya rasa, sebab itulah ia tidak rasa benar-benar macam cuti.

Selain belajar dan membuat kerja rumah, saya telah menonton pertandingan tenis 'French Open' dan kedua-dua pemain yang saya menyokong telah menang. Saya juga bermain tenis beberapa kali seminggu bersama kawan-kawan saya. Kami akan mengadakan 'marathon' tenis dan bermain sambil bergurau dan ketawa hingga 10 malam.


Saudara saya dari Karachi dan Dubai telah mengunjungi kami. Dengan mereka, kami telah ke Singapore Flyer dan sepanjang 45 minit yang kami menaikinya kami telah mengambil 200 gambar! Pemandangannya sungguh menakjubkan.


Saya juga mula menunggang kuda sekali lagi. Kuda kegemaran saya yang bernama Jack sangat nakal dan malas. Apabila saya menunggangnya, ia sudah hampir waktu makannya, dan itu menyebabkannya lebih malas. Saya berasa sangat marah dan tertendangnya terlalu kuat. Oleh iu, dia melempar saya dari atas belakangnya. Tetapi, saya tidak cedera. Saya terus menaikkinya semula lalu sambung menunggang.

Kesimpulannya, pengajaran yang saya belajar adalah jangan membuat seekor kuda yang malas marah dan juga menggunakan masa dengan baik dan untuk sesuatu yang berguna. :)


Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster