Friday, August 1, 2008
"Karangan : Satu pesta/perayaan yang tidak dapat saya dilupakan." @ 5:46 AM
Hari Raya Haji atau Aidiladha menandakan berakhirnya ibadah Haji orang Islam yang ke Mecca di Arab Saudi. Ia juga untuk memperingati ujian Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Ia diraikan pada 10 Zulhijjah dan pada hari ini, semua orang Islam akan mengorbankan kambing, lembu dan kadangkala, unta.

Selalunya, aku menyambut Hari Raya Aidil Adha di Singapura, bersama kelluargaku dan saudara-maraku di sebelah ibuku. Tetapi, tahun lepas,aku meraikannya di negara yang lain, bersama saudara-maraku di sebelah bapaku pula. Walaupun ia perayaan yang sama, ia disambut dengan cara yang lain di negara-negara yang lain, bak peribahasa lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.

Pada cuti sekolah akhir tahun yang lalu, keluargaku telah ke Karachi, Pakistan untuk sambutan Hari Raya itu. Di sanalah tempa semua saudara-maraku dari Dubai dan Amerika berkumpul untuk menyambutnya bersama kerana itulah juga tempat datuk nenekku tinggal. Kami tiba di sana, selepas 6 jam dalam kapal terbang. Kami tiba dua minggu sebelum Hari Raya, tetapi ibu bapa sungguh sibuk dengan persiapan menyambutnya. Setiap hari telah digunakan untuk membeli-belah bersama sepupu-sepupuku dan makcik-makcikku. Kami semua mencari baju yang sama warna untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Satu pengalaman yang tidak dapat aku dapat rasai di Singapura adalah mengunjungi sebuah pasar lembu yang terletak di kawasan yang lapang dan terpencil. Keluargaku akan pergi bersamam dua keluarga yang lain, dalam malam yang sesejuk 10 darjah selsius, untuk melihat dan membeli seekor lembu. Ada sebanyak 50 000 ekor lembu di situ, semua yang dibawa dari seluruh Karachi ke tempat itu untuk dijual kepada orang yang hendak mengorbankannya pada Hari Raya. Semua lembu dihiasi dengan mewah dan ada yang sebesar sebuah trak. Lembu-lembu ini ditempatkan di dalam khemah-khemah yang selalunya digunakan untuk majlis perkahwinan. Selain itu, ada juga pasar kambing dan unta tetapi kami tidak ke situ kerana ia sangat kotr dan lantainya pula diliputi berak binatang.

Lembu yang dibeli dibawa ke rumah pembelinya, dan di situ, ia dipelihara hingga Hari Raya. Kalu di Singapura, binatang yang dibeli ditempatkan di masjid. Aku juga mendanger banyak cerita yang menyaramkan tentang lembu yang melarikan diri dan menimbulkan huru-hara dalam kejiranan itu. Tetapi, lembu yang kami beli, yang bernama Baloo, dipelihara dengan baik. Kami memandikannya dan bermain dengannya.

Pada Hari Raya, aku terbangun lewat kerana pada malam yang sebelumnya, aku bersama sepupuku semua asyik berbual-bual dan bergurau-gurau hingga pukul lima pagi. Pada masa itu, bapaku sudah balik daripada sembahyang Hari Raya dan sudah mula mengorbankan semua kambing dan lembu bersama pakcik-pakcikku. Anggota keluarga yang lain semua melihat dari balkoni. Semua daging itu dibahagikan kepada penduduk-penduduk perkampungan yang miskin. Berbanding dengan Singapura, di sini kami sepatutnya ke perkampungan itu sendiri untuk membahagikan daging korban itu. Di Singapura, pihak masjid yang akan membuatnya untuk kami.

Selepas itu kami semua ke rumah datuk dan nenek untuk bersalam-salaman dan makan tengah hari bersama. Makanan yang dihidangkan adalah nasi beriyani yang dimakan bersama nasi manis. Kalau di Singapura, kami selalunya akan memakan ketupat bersama rendang dan serondeng. Selepas itu, kami semua akan berbual-bual dan bergurau senda semacam malam sebelumnya dan mengadakan pertandingan badminton dan semua orang mengambil bahagian. Hari itu amat meriah dipenuhi dengan ketawa kegembiraan. Ia juga peluang yang baik untuk mengumpulkan seluruh keluarga untuk menyambut sesuatu bersama-sama.

Kesimpulannya, walaupun perayaan Hari Raya Aidil Adha disambut di seluruh dunia oleh masyarakat Islam, ia disambut dengan cara yang berbeza di merata dunia dan inilah yang membuatnya menarik. :)


Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster