Sunday, June 7, 2009
"Penggal dua" @ 3:15 AM
Sekarang sudah cuti sekolah bulan Jun.

Penggal dua sudah lepas. Selain kami, sebagai pelajar, ditimbus dengan semua projek-projek dan tugasan yang tidak berhenti-henti, ada banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan.


Pertama sekali adalah IP DRAMA SYF.

Seronok sekali pengalaman itu. Kami telah mempersembahkan " the girl who fell through the hole in her jumper", dan sayalah 'the girl' yang terjatuh ke dalam lubang dalam bajunya. Kami mendapat silver sahaja. Namun, saya tetap rasa kami sepatutnya mendapat gold with honours.

Kejadian kedua adalah rumah terbuka VIP.

Seperti tahun lepas, saya mempersembahkan presentasi untuk Bahasa Melayu. Malam sebelumnya adalah dramanite, jadi pada pagi itu, saya sangat letih dan bukan seceriah selalu. Tetapi, saya tidak membenarkan itu menjejaskan presentasi kami. :D Kami juga joget mass dance selepas samuanya. sungguh seronok!

Selepas Rumah Terbuka, cikgu membelanjakan kami McDonalds. TERIMA KASIH CIKGU MARLIZA!:D dan kami ke maktab rendah temasek untuk menhadiri Semarak Temasek. Tema pada tahun ini adalah Layaran Perak Hitam Putih. Persembahannya semua amat menarik , terutama sekali dikir barat yang dipersembahkan oleh Persedayu Maktab Rendah Temasek sendiri. Gambar-gambar boleh dilihat di blog Rish.


Tidak lama kemudian, MUSICFEST! Musicfest adalah sebuah pertandingan yang siadakan setiap tahun di sekolah kami dan tiket untuk konsertnya adalah yang paling dikehendaki oleh para pelajar. Tahun ini semua kawan-kawan saya mendapatkan tiket jadi kami semua pergi beramai-ramai.

Penggal dua juga menandakan penamatan musim sukan, jadi untuk menyokong para atlet kami, sekolah beramai-ramai akan ke stadium. Saya rasa perlawanan yang paling seronok adalah final bola sepak perempuan dan lelaki kerana ia dipenuhi dengan 'drama'. Kedua-dua pasukan akhirnya menjadi juara pertandingan.

Kami juga mendapat full day! Pada full day yang terjatuh pada hari sabtu pada minggu terakhir sekolah, kami sekelas telah ke Marina Square untuk menonton Angels and Demons. Sementara menunggu kawan-kawan yang lain yang masih di sekolah, kami semua mengambil gambar-gambar dengan poster filem-filem dan juga cuba mempelajari tarian hannah montana dari filem barunya. Sungguh kelakar.

Pada hari Khamis terakhir pada penggal dua sekumpulan dari kelas saya telah ke Fort Canning park untuk menonton persembahan Shakespere - Much Ado About Nothing. Mereka telah mengubahsuaikannya dan menyelitkan unsur-unsur Peranakan di dalam persembahan mereka.




Selain itu, aku amat sedih kerana darmawisata-darmawisata kami ke luar negeri telah dibatalkan kerana demam Swine! Saya memang menanti -nanti, dari tahun lepas untuk pergi, kerana tahn lepas kami ke Pahang. Tetapi sekarang ia dibatalkan dan pada minggu pertama penggal ketiga, kami harus pergi ke sekolah untuk ujian Bahasa Melayu kami.



Sekarang, saya berazam untuk menggunakan masa pada cuti sekolah ini untuk memperkayakan Bahasa Melayu saya. Bagaimana? Dengan membacalah! Kerana kataCikgu, "bahasa adalah pakaian akal" :D






Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster