Tuesday, June 9, 2009
"Jati Diri." @ 12:44 AM
dari artikel : Sejarah membina jati diri.

Jati diri adalah sesuatu konsep yang begitu kompleks. Perkataan jati bermakna tidak bercampur dan perkataan diri bermakna orang seorang. Walau bagaimanapun, bila digabungkan menjadi kata majmuk jati diri, ia menjadi identiti seseorang dan identiti seseorang dipengaruhi berbagai-bagai faktor sosial di sekelilingnya secara automatis. ini kerana identity kami adalah, dalam kata-kata yang mudah, interaksi antara bagaimana kita melihat diri kita sendiri dan bagaimana orang lain memandang kita. Jadi tidak seseorang di dunia ini mempunyai identiti diri yang seratus peratus unik.

Saya setuju dengan artikelnya yang berkata jati diri remaja-remaja adalah apa yang akan menggambarkan masa depan negara. Ini kerana jati diri seseorang akan mempengaruhi cara seseorang membuat sesuatu. Ini mengerikan kerana ramai remaja hari ini semakin bersikap tidak kisah terhadap isu-isu semasa dan perbuatan mereka semakin tidak terkawal. Walau bagaimanapun, identiti adalah konsep yang sentiasa berubah kerana terdedah kepada pengalaman dan kejadian baru, jadi persepsi mereka tentang dunia ini akan berubah dan tidak perlu risau. :D


Pada zaman globalisasi ini, remaja-remaja juga banyak dipengaruh cara-cara negara-negara lain terutama sekali negara barat. Ini menyebabkan tradisi dan amalan asli negara kita kian diketepikan. Jadi, remaja-remaja ini akan mengaitkan diri mereka dengan identiti yang kebaratan. Mungkin pada masa depan dua senario yang extreme boleh berlaku. Mungkin semua orang akan berkongsi satu identiti gobal yang agak sama. Siapa tahu? :D


Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster