Thursday, July 24, 2008
"skript projek bahasa melayu (Peribahasa)" @ 1:50 AM
Salam sejahatera Cikgu yang dihormati dan kawan-kawan. Hari ini saya akan membentangkan projek saya tentang peribahasa.

Tahukah anda yang setiap budaya mempunyai peribahasa? Tetapi, setiap budaya itu mempuyai peribahasa yang unik dan berbeza. Peribahasa adalah sebuah aspek yang penting dalam budaya Melayu. Definisinya adalah : Perkataan yang dipilih dan disusun dengan baik untuk membawa makna yang tersembunyi. Ia mempunyai kebenaran dan pengajaran tentang hidup, sedap didengari dengan susunan kata-kata yang indah dan tajam maknanya.

Peribahasa dicipta oleh masyarakat Melayu yang tinggal pada zaman dahulu untuk mengajar setiap ahli masyarakat tentang nilai-nilai dan moral yang baik dengan cara yang lebih menarik dan senang diingati. Pencipta-pencipta ini medapat inspirasi daripada kejadian dan benda-benda yang terdapat di sekeliling mereka. Itulah sebabnay kebanyakan peribahasa menceritakan tentang kehidupan dan kejadian seharian dengan menggunakan unsur-unsur semula jadi. Di samping itu, walaupun kebanyakan peribahasa ini suadah lama dicipta, ia masih boleh dikaitkan dengan situasi-situasi pada zaman kita yang moden ini.

Walau bagaimanapun, ada juga peribahasa yang tidak lagi ada kaitan kepada masyarakat Melayu zaman sekarang. Semua peribahasa semacam ini akan diubah suai oleh pakar bahasa Melayu ia lebih relevan dalam konteks kehidupan kita pada hari ini.

Selain mengajar, peribahasa juga dapat memberitahu kita tentang pemikiran dan cara hidup orang Melayu pada zaman dahulu. Contohnya, kita boleh berkata yang orang Melayu sangat kreatif kerana mereka boleh melihat kaitan antara dua benda yang sangat berbeza. Berdasarkan peribahasa kita mempelajari bahawa nilai-nilai yang baik sanagt penting dalam budaya Melayu.

Jadi, walaupun berabad-abad sudah berlalu, masih terdapat ramai orang yang menggunakan peribahasa dan ini akan memastikan budaya Melayu tetap dilestarikan dan tidak dilupakan. :)


Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster