Wednesday, July 9, 2008
"Hari e-learning (ulasan akhbar)" @ 7:39 PM
Hari ini, kami telah membaca akhbar dan mengulaskan sebuah artikel. Ini artikel yang saya pilih:JOO CHIAT COMPLEX LEBIH BERSERI RAYA INI
OlehSaini Salleh
JOO Chiat Complex bakal lebih berseri dan bertenaga menjelang Aidilfitri ini apabila kerja-kerja peningkatan yang kini giat dijalankan selesai bulan depan.
Kerja-kerja tersebut dijalankan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak Mac lalu ekoran rayuan para peniaga yang meminta suntikan nafas baru untuk merancakkan perniagaan di situ.
Rayuan para peniaga itu dibuat menerusi penasihat badan-badan akar umbi yang juga Anggota Parlimen (AP) Marine Parade, Dr Ong Seh Hong.
HDB yang mengesahkan demikian berkata, kerja-kerja peningkataan itu juga melibatkan Blok 1 dan 2 di sebelah kompleks tersebut.
Kerja-kerja tersebut adalah yang pertama dijalankan sejak kompleks tersebut siap dibangunkan dalam 1983 atau 25 tahun lalu.
'Bagi para pengunjung, mereka akan dapat menikmati suasana membeli-belah menjelang Raya di kompleks berwajah baru yang dijangka siap bulan depan,' kata jurucakap HDB.
Peningkatan itu melibatkan kerja-kerja mengecat koridor, menggantikan jubin lantai dan menggantikan anjung lama kepada kanopi jenis tahan kebakaran.
Ini di samping menukar tanda nama kompleks itu kepada jenis neon agar terang dan tersergam, memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan panel grafik serta meningkatkan sistem hawa dingin.
Tinjauan Berita Harian mendapati sesetengah pengunjung kurang maklum mengenai kerja-kerja peningkatan yang rancak dijalankan sekarang.
'Saya hairan juga kerana beberapa kawasan kompleks ini dikepung. Agak sukar sedikit untuk pengunjung bergerak.
'Para pengunjung hanya tahu kerja-kerja peningkatan ini menerusi para pekedai dan selepas melihat papan tanda di depan kompleks ini.
'Memang kami alu-alukan kerja-kerja ini kerana kompleks ini semakin malap sejak pasar lama Geylang Serai ditutup,' kata Haji Osman Badrul, 56 tahun, dari Chai Chee.
Namun, rancangan tersebut pernah dibayangkan Dr Ong kepada Berita Harian pada Oktober 2006.
Menurutnya, pusat membeli-belah itu perlu dipertingkatkan agar ia tidak kelihatan seperti ketinggalan zaman apabila pasar Geylang Serai yang baru siap tahun depan.
Satu kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk memikirkan peningkatan yang diinginkan bagi pusat membeli-belah itu.
Ia terdiri daripada wakil pemilik kedai Joo Chiat Complex, pemimpin akar umbi, Majlis Bandaran Marine Parade, HDB dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Sedang kerja-kerja tersebut rancak dijalankan, perniagaan di kompleks itu berjalan seperti biasa.
'Bila siap, kompleks ini kelihatan lebih moden dan kita akan rasa lebih segar dan bersemangat bila datang ke sini terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi,' kata Cik Kamsiah Kasim, suri rumah berusia 52 tahun, dari Woodlands.
-------------------------------------------------------------------------------------------------Saya rasa yang ia sebuah idea yang baik kerana kompleks JooChiat akan kelihatan lebih meden dan tidak samacam i a sudah dilupa dan ketinggalan zaman terutamanya apabila pasar Geylang yang baru akan buka. Selain itu, ia juga kelihatan semacam ia tidak bertempant kerana ia sudah kelihatn buruk. Pengubahsuaian ini baik kerana Joo Chiat Kompleks adalah tempat yang kebanyakan masyarakat Melayu pergi untuk membeli barang tradisional atau barangan untuk perayaan Hari Raya. Ia tidak sesuai kalau tempat yang ada sebanyak kepentingan sebergitu kepada Masyarakat Melayu kelihatan seperti itu. Kesimpulannya, mesej yang dalam artikel ini adalahjangan lupakan apa yang sudah buru atau tua. :)