Percutian sekolah pada bulan Jun yang lalu tidak bergitu seronok kerana saya terpaksa belajar untuk peperiksaan yang saya menduduki sebaik sahaja sekola buka. Saya rasa, sebab itulah ia tidak rasa benar-benar macam cuti.
Selain belajar dan membuat kerja rumah, saya telah menonton pertandingan tenis 'French Open' dan kedua-dua pemain yang saya menyokong telah menang. Saya juga bermain tenis beberapa kali seminggu bersama kawan-kawan saya. Kami akan mengadakan 'marathon' tenis dan bermain sambil bergurau dan ketawa hingga 10 malam.

Saudara saya dari Karachi dan Dubai telah mengunjungi kami. Dengan mereka, kami telah ke Singapore Flyer dan sepanjang 45 minit yang kami menaikinya kami telah mengambil 200 gambar! Pemandangannya sungguh menakjubkan.

Saya juga mula menunggang kuda sekali lagi. Kuda kegemaran saya yang bernama Jack sangat nakal dan malas. Apabila saya menunggangnya, ia sudah hampir waktu makannya, dan itu menyebabkannya lebih malas. Saya berasa sangat marah dan tertendangnya terlalu kuat. Oleh iu, dia melempar saya dari atas belakangnya. Tetapi, saya tidak cedera. Saya terus menaikkinya semula lalu sambung menunggang.
Kesimpulannya, pengajaran yang saya belajar adalah jangan membuat seekor kuda yang malas marah dan juga menggunakan masa dengan baik dan untuk sesuatu yang berguna. :)