Sunday, July 5, 2009
"gambar-gambar" @ 10:05 PM





Bermain dengan fungsi "photobooth" seronok sekali. :D


Saturday, July 4, 2009
"gambar-gambar" @ 9:28 PM



kelakar.

"cuti sekolah." @ 8:55 PM
Pada hari Rabu yang lepas kami telah mengadakan kelas bahasa melayu yang pertama untuk penggal ini.
Kami disuruh cikgu berkongsi tentang pengalaman kami untuk cuti sekolah bulan Jun yang baru lepas. 

Untuk cuti sekolah kali ini, saya sekeluarga tidak ke luar negara untuk makan angin dan sebagainya. Saya telah menghabiskan masa saya merenung. Bukan merenung kosong sahaja, tetapi merenong tentang masa depan. Saya tersedar bahawa saya tidak tahu apa kerjaya yang saya hendak pilih, universti di mana yang saya hendak menuntut dalam ataupun subjek kombinasi yang apa sepatutnya saya memilih. Realisasi ini amat mengejutkan saya dan sebab itu, saya telah berazam untuk membuat pilihan dan juga untuk belajar serta berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya. :D

Selain itu, sambil mengemas semua barang-barang saya untuk berpindah, saya terjumpa gitar lama saya. Jadi, sepanjang cuti sekolah ini, saya telah mencuba belajar semula bagaiman hendak bermain. Ia menjadi sesuatu alternatif untuk ber main tenis kerana semasa saya tinggal di Mandarin, setiap kali saya beras tertekan, saya akan turun ke gelanggang tenis untuk "practice my serve" dan memukul bola sekuat-kuatnya serta menjerit seperti Maria Sharapova. Tetapi, sekarang, saya tidak dapat berbuat demikian. Lantas, sekarang saya akan bermain gitar.:D Adik-beradik saya selalu bergurau yang mereka memerlukan penutup telinga (ear plugs) setiap kali saya berasa stress. 

Untuk penggal ini, saya berazam bahawa saya akan lebih berfokus, bersemangat dan berusaha untuk mencapai yang terbaik.



Sunday, June 28, 2009
"pencemaran air" @ 1:14 AM

Pencemaran air merupakan satu masalah genting yang mengakibatkan kekurangan air pada penduduk segajat. Sumber-sumber air tawar yang diperlukan oleh manusia tercemar kerana perbuatan tidak bertanggungjawab industri-industri iaitu menyalur bahan sisa kimia ke dalamnya. Antara punca-punca yang lain adalah negara yang tidak mempunyai system pembentungan yang sempurna, sisa racun serangga dan baja kimia yang semua mengalir menerusi air hunjan ke sumber-sumber air ini.

 

Saya berasa amat bernasib baik gara-gara dilahirkan di Singapura dimana pemerintah kita telah berjaya mengatasi masalah kekurangan air. Pemerintah telah menganjurkan kempen-kempen supaya semua warga negara menjimat-cermatkan kegunaan air. Saya juga berasa bangga demi penciptaan Air Baru, ataupun NEWater supaya air yang sudah digunakan boleh diproseskan untuk menjadikannya selamat untuk kegunaan rakyatnya. Dengan pemciptaan ini, Singapura tidak perlu menaruh harapan yang besar kepada Malaysia untuk bekalan air. Malah Singapura dapat berdikari.

 

Rakyat Singapura harus terus-menerus bekerjasama dengan pemerintah untuk menjimatkan penggunaan air supaya Singapura tidak kekurangan bekalan air pada masa depan. Pemerintah juga telah berusaha agar industri-industri di Singapura tidak menyalurkan barang sampahnya ke dalam sumber-sumber air supaya tiada berlakunya pencemaran air.

 

Saya bersyukur dek diberi kesenangan untuk mendapatkan air yang bersih untuk minum, membersihkan badan, memasak dan sebagainya. Saya terus akan memaikan peranan untuk menjimatkan penggunaan air. 

:D


Friday, June 12, 2009
"pastilah Berjaya." @ 9:25 AM
Tajuk artikel: "Tony Fernandes: Air Asia Jenama Malaysia"
Selepas membaca artikel ini , saya terkenang balik kepada semua artikel-artikel lain yang saya telah membaca tentang orang yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. Saya sedar bahawa walaupun semuanya berjaya dalam bidang berlainan, ciri-ciri yang mereka mempunyai untuk membuat kejayaan mereka berlaku adalah sama. Sifat-sifat ini sepatutnya dicontohi supaya kita juga dapat berjaya dalam cara kita sendiri.

Untuk berjaya seseorang itu mesti rajin dan berdedikasi orangnya. Selian itu, mereka juga mesti memilih kerjaya yang mereka minati kerana ia susah untuk berdedikasit kepada sesuatu yang tidak diminati. Minat itulah yang akan mendorong seseorang untuk memberi seratus peratus tenaganya kepada tugas-tugasnya lagi berusaha apabila dihadapi dengan masalah dan cabaran-cabaran.

Menurut artikelnya, Encik Tony sudah mempunyai minat dan sikap ingin tahu terhadap bidang perniagaan semenjak masa remajanya lagi. Selain itu, cara golongan yang berjaya tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak memberinya inspirasi dan dorongan untuk Air Asia.

Kesimpulannya, minat dan usaha yang gigih adalah antara faktor yang terpenting untuk berjaya dalam apa sahaja yang kita cuba dalam kehidupan kita. :D

Tuesday, June 9, 2009
"Jati Diri." @ 12:44 AM
dari artikel : Sejarah membina jati diri.

Jati diri adalah sesuatu konsep yang begitu kompleks. Perkataan jati bermakna tidak bercampur dan perkataan diri bermakna orang seorang. Walau bagaimanapun, bila digabungkan menjadi kata majmuk jati diri, ia menjadi identiti seseorang dan identiti seseorang dipengaruhi berbagai-bagai faktor sosial di sekelilingnya secara automatis. ini kerana identity kami adalah, dalam kata-kata yang mudah, interaksi antara bagaimana kita melihat diri kita sendiri dan bagaimana orang lain memandang kita. Jadi tidak seseorang di dunia ini mempunyai identiti diri yang seratus peratus unik.

Saya setuju dengan artikelnya yang berkata jati diri remaja-remaja adalah apa yang akan menggambarkan masa depan negara. Ini kerana jati diri seseorang akan mempengaruhi cara seseorang membuat sesuatu. Ini mengerikan kerana ramai remaja hari ini semakin bersikap tidak kisah terhadap isu-isu semasa dan perbuatan mereka semakin tidak terkawal. Walau bagaimanapun, identiti adalah konsep yang sentiasa berubah kerana terdedah kepada pengalaman dan kejadian baru, jadi persepsi mereka tentang dunia ini akan berubah dan tidak perlu risau. :D


Pada zaman globalisasi ini, remaja-remaja juga banyak dipengaruh cara-cara negara-negara lain terutama sekali negara barat. Ini menyebabkan tradisi dan amalan asli negara kita kian diketepikan. Jadi, remaja-remaja ini akan mengaitkan diri mereka dengan identiti yang kebaratan. Mungkin pada masa depan dua senario yang extreme boleh berlaku. Mungkin semua orang akan berkongsi satu identiti gobal yang agak sama. Siapa tahu? :D

Sunday, June 7, 2009
"Rumahku tersayang." @ 9:27 AM
Minggu pertama cuti sekolah baru sahaja lalu.
Walaupun ia cuti sekolah, saya berasa penat lelah.
Mengapa? Kerana keluarga saya telah berpindah ke rumah baru.
YAY!
Sekarang, saya bukan sahaja dapat bilik sendiri tetapi lantai (floor) sendiri! Dan dari balkoni saya boleh lihat 'skyline' Singapura, kerana ia di atas bukit. Jadi kalau paras laut Singapura naik kerana pemanasan bumi, rumah kami tidak akan tenggelam dalam air dan untuk ke sana- sini kami boleh menaiki sampan!dayung sampan, dayung dayung sampan.:D
Tetapi ia lantai tertinggi jadi, setiap kali, saya perlu memanjat tangga ke tingkat tiga untuk ke bilik saya. Macam ini, pada tamatnya cuti sekolah, saya akan mempunyai muscle lutut seperti Serena Williams! :D
Juga, saya sedar bahawa rumah saya ada tembok tenis! sebenarnya, ia sebuah tembok sahaja tetapi, kerana belum ada perabut di kawasan itu, saya menggunakannya untuk bermain tenis.
Tetapi, saya belum mempunyai hubungan internet di rumah baru, jadi setiap kali saya terpaksa ke rumah saudara saya. (jadi maaflah kalau saya tidak dapat memposkan pos-pos setiap hari.)
Selain daripada itu, rumah ini tidak sedekat rumah lama saya (Mandarin) ke sekolah, dan tidak ada bas terus ke sekolah. Jadi kalau saya terpaksa balik sendiri, saya harus menyeberang 'canal' untuk ke perhentian bas yang sesuai!


Pada hari Jumaat, saya ke Mandarin untuk bermain tenis, dan memilih untuk berjalan kerana saya takut kalau saya menunggang basikal, saya akan dilanggar kereta. Untuk 20 minit saya terpusing-pusing mencari jalan untuk tiba di jalan raya besar. Perjalanannya sungguh jauh dan akhirnya saya sampai 45minit lambat! Tetapi yang baik adalah saya tidak putus asa! Boleh tahan juga, aishah.Lain kali, saya akan menunggang basikal dan membawa sistem GPS supaya saya tidak tersesat jalan.




Walau bagaimanapun, saya amat bersyukur yang selepas menunggu proses pembinaan selama dua tahun, kami akhirnya berpindah. :D


Profil
a'ishah. 6 mac. maktab rendah victoria.

Serai main
playlist :)


Music PlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Messej
ladadidadadida


Kawan-kawan
abdul abdullah rishvinder syifa

Arkib
January 2008
February 2008
March 2008
July 2008
August 2008
February 2009
June 2009
July 2009

Credits
Designer: doughnutcrazy
Image: oktyabr
Textures: kiho-chan
Brushes: funeralmonster